BannerFans.com

Wednesday 18 April 2012

BACK TO BASIC BOWLING PART 3


Hook - Bagaimana nak adjust game #2


Walaupun permainan secara hook telah secara saintifiknya telah dibuktikan sebagai cara yang paling efektif untuk mendapatkan strike tapi ianya satu teknik yang senantiasa memerlukan perubahan dalam teknik kita.Bowler yang cepat membuat perubahan dan membuat perubahan yang tepat akan dapat memastikan permainan mereka senantiasa mantap dan dapat mengatasi pemain2 lain yang lambat atau tidak lansung membuat perubahan.

Pemain bowling yang baik akan menerima hakikat bahawa permainan bowling ialah KESEMUANYA adalah perubahan.Bila anda boleh menerima hakikat ini maka anda akan membuat perubahan yang sepatutnya dan anda akan lebih enjoy dalam permainan anda dan anda bukan sahaja sedar yang anda perlu membuat perubahan tapi dapat membuat perubahan lebih cepat dari lawan anda.

Jika anda cuma bermain dalam liga di tempat yang sama setiap minggu maka anda mungkin bermain dalam keadaan lane yang sama.Tak perlu buat banyak perubahan dan anda boleh menggunakan line yang sama dan bola yang sama.Bagaimanapun jika anda selalu bermain di tempat yang berbeza-beza dalam kejohanan bowling maka anda ada dua pilihan iaitu cuba melawan lane dengan menggunakan cara biasa anda ataupun membuat perubahan supaya anda dapat membuat balingan yang optimum.Jika pilihan anda ialah membuat perubahan dalam game maka teruskan membaca artikel ini.

Minyak digunakan pada lane untuk melindungi lane tersebut tapi semasa permainan minyak tersebut akan berubah2 tempat dan akan berlaku perubahan pada lane tersebut.Jadi apa yang anda akan buat?Anda mungkin boleh merungut2 tentang keadaan lane yang teruk tapi jika anda sedang bermain dalam liga atau satu2 kejohanan ianya tidak akan membawa apa2 faedah..Keadaan minyak sudah berubah dan lawan anda akan dapat melihat yang anda sudah merasa tertekan dan kekuatan mental anda makin berkurangan. Jika anda sedang bermain dalam sesuatu liga ataupun kejohanan maka lawan anda juga akan bermain dalam keadaan lane yang sama maka ianya adil pada semua;Jadi apa yang anda perlu buat?Jangan merungut;sebaliknya anda kenalah menggunakan pengetahuan anda untuk membuat perubahan;.

Perubahan: Anda boleh ubah posisi semasa mula2 berdiri ke kiri atau kanan sebanyak setengah board hingga 10 board,tukar target anda(arrow/dot),tukar kelajuan bola,tukar bola anda..Banyak nya nak tukar..Bila nak berhenti buat perubahan2 ini?Kali ini saya akan menulis tentang 4 perubahan utama yang anda boleh gunakan dengan lebih berkesan;Kita gunakan akronim ARSE untuk mewakili 4 perubahan tersebut iaitu:-

i) Angle - Sudut
ii) Rotation - Kadar putaran bola
iii) Speed - kelajuan bola
iv) Equipment - Bola yang digunakan

Oleh itu jika anda rasakan bola anda asyik tak masuk poket dan susah nak dapat strike jika dibandingkan semasa anda mula2 main maka jangan cepat panik&Anda kena sedar bahawa keadaan lane sudah berubah dan anda perlu membuat perubahan yang sewajarnya.Senantiasa ingat ARSE anda dan anda ada 4 jenis perubahan yang anda boleh buat dengan serta merta untuk membuat balingan yang baik.4 perubahan itu mampu membantu anda dalam apa jua keadaan lane..

ANGLE - Selalunya semasa permainan bola akan menyerap minyak ataupun menolak minyak kebelakang lane(push it further down). Ini bermakna bahagian lane yang berdekatan dengan pin akan kering dan akan membuat bola anda akan hook lebih cepat(ada lebih geseran antara lane dan bola). Cara yang paling mudah ialah mengubah posisi berdiri anda kekiri (kekanan utk yg kidal) untuk mendapatkan lebih swing (ie bola akan keluar sikit).Ini bermakna anda telah ubah angle(sudut) bola anda ke poket pin.Ini akan mewujudkan line ke poket yang baru untuk anda.Bagaimanapun kdg2 anda akan menggunakan line yang turut digunakan oleh lawan anda yang turut telah kering..Oleh itu dalam keadaan begini anda kena bergearak kekiri dengan mengubah posisi berdiri sebanyak 5-10 board.

Tapi bagaimana pula jika anda dah mengubah posisi anda kekiri(kanan untuk kidal) sebanyak yang mungkin?Senang sahaja..ingat ARSE anda..Anda ada 3 lagi perubahan yang anda boleh gunakan..




Sistem 534

Satu lagi sistem yang anda boleh gunakan untuk menukar line strike anda sekiranya line yang sedia ada kurang berkesan anda boleh ubahkan target 3 board ke kanan dan tukarkan posisi tempat anda berdiri 5 board ke kanan dan angle anda baling bola tu 4 board kekanan..

Lebihkan axis rotation(kedudukan ibu jari anda lebih tinggi,ie dari pukul 10 ke pukul 11) anda mewujudkan lebih geseran untuk bola pergi lebih jauh dan hook yang lebih kuat.Dalam situasi lane yang banyak minyak(heavy oil) anda kena turunkan kedudukan ibu jari anda(ibu jari ke pukul 10 atau 9) untuk mengurangkan rotation bola.

SPEED Untuk lane yang kering dengan meningkatkan kelajuan bola anda dapat membuatkan bola anda pergi lebih kebelakang lane sebelum bola itu hook.Perhatikan pemandu kereta lumba yang memperlahankan kereta mereka dalam hujan oleh kerana dalam hujan agak kurang grip dan kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan.Bola anda memerlukan geseran untuk hook.Oleh itu jika di lane yang mempunyai banyak minyak(heavy oil) bola yang lebih perlahan akan membantu geseran yang lebih awal dan akan mewujudkan hook yang lebih awal yang anda perlukan.

EQUIPMENT Untuk mengubah rotation dan speed memerlukan kemahiran dan latihan.Serupa juga dengan permainan golf adalah lebih mudah untuk menukar alat permainan anda.Untuk lane yang banyak minyak anda memerlukan lebih geseran so pilihlah bola yang mempunyai permukaan yang pudar(dull surface) dan bila lane semakin kering gunakan bola yang mempunyai permukaan yang berkilat.

Sekarang lebih mudah oleh kerana pengeluar bola biasa nya akan memberi statistic bola tersebut dan bola itu lebih sesuai untuk keadaan lane yang macam mana.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...