BannerFans.com

Wednesday 18 April 2012

Back To Basic Bowling


Pengenalan



Sukan Bowling semakin mendapat tempat dikalangan orang Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat bowling yang di dirikan di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat bowling yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan bowling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami maklumat-maklumat asas bowling ini akan menarik minat anda untuk lebih menceburi diri dalam sukan bowling.

Sukan Bowling

Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.


Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.

Dalam sukan bowling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.

Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.

ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka anda telah membuat spare.

iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) anda akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Bola Bowling

Kesemua bola bowling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb.

Terdapat pelbagai jenis Jenama bola bowling yang terdapat dipasaran dan kebanyakan nya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia ialah:-

i) Storm
ii) Columbia
iii) Brunswick
iv) Ebonite
v) Track
vi) AMF
vii) Dyno Thane
viii) Morich

Jenis-jenis bola yang terdapat dipasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut:-



i) Plastik/Polyester – Bola ini dibuat dari polyester dan biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama. Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini kurang tergelincir(skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.

Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan bowling oleh kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang melencung (hook)


ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola bowling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir(skid) dan akan lebih hook.

Permukaan bola ini boleh di licinkan(sanded) dan dikilatkan(polished) untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak(light-oiled lane)

iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika dibanding dengan bola2 jenis lain sebelumnya.Oleh itu resin reactive ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua jenis keadaan lorong.

iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...